22 February, 2012

DASH - B49 DAN LEBUHRAYA DAMANSARA SHAH ALAM

GBPU10 mengaturkan satu perjumpaan bersama-sama Pengerusi MPP Zon 20 ( MBSA) agar satu penerangan terperinci dilakukan semula dikawasan Bandar Puncak Perdana Sek U10. Ikuti selanjutnya gambaran PROLINTAS dan garispanduan LLM dan JKR Malaysia.





13 February, 2012

JALAN B49 - PERSIMPANGAN GREENHILL U10 BANJIR PADA WAKTU MALAM





MAKLUM BALAS DARI JURUTERA DAERAH JKR PETALING PADA 1 HB MARCH 2012 KEPADA GBPU10.

Salam sejahtera,

Tuan,

Terima kasih diatas aduan yang diberikan. Untuk makluman pihak tuan berikut adalah maklumbalas yang diperolehi hasil daripada beberapa perbincangan, pertemuan dan lawatan tapak yang dijalankan pejabat ini bersama dengan pihak Pemaju Green Hill Development S/B dan pihak MBSA :-

1. Punca kejadian banjir kilat dengan pembangunan Pemaju Green Hill Development S/B di Jalan B 49, adalah apabila kerja tanah oleh Pemaju Julung Berkat yang berhadapan pembangunan Green Hill telah menutup saluran sediada aliran air yang mengalir dari tapak Green Hill melalui pembentung sedia ada bawah Jalan B 49. Kerja-kerja tanah Julung Berkat adalah dibawah kelulusan dan seliaan pihak MBSA.

2. Tindakan segera pihak Pemaju Green Hill (atas arahan JKR Petaling) adalah mendalamkan longkang tanah sementara dan menyenggara kolam takungan lumpur/air limpahan. Selain itu, kerja-kerja pembersihan tapak juga telah dilakukan oleh pihak Pemaju Green Hill Development S/B.


3. Pihak MBSA pula telah mengadakan perbincangan bersama pihak yang terlibat termasuk pejabat ini dan pihak Pemaju Julung Berkat untuk segera membaiki sistem saliran air sedia ada dan menjalankan senggara seterusnya.
Pejabat ini akan menjalankan pemantauan seberapa kerap bagi memastikan keadaan ini tidak berulang lagi.

Sekian,

BAHAGIAN JALAN,
JKR PETALING
TING. 3, KOMPLEKS KERAJAAN DAERAH PETALING
PERSIARAN ATMOSFERA, SEK. U5
40150, SHAH ALAM
TEL : 03-78392400/2584 ; FAKS : 03-78392403



Jawapan JKR Petaling kepada GBPU10. Kawasan ini juga sudah dibincangkan oleh Datukbandar Shah Alam.Pembetulan dan penambahbaikan sudah dilakukan.

Jurutera Daerah Petaling
13 Feb 2012


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia,

Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan saudara berkenaan perkara ini. Untuk makluman, pejabat ini telah menghubungi pemaju bagi menyiasat punca berlakunya banjir lumpur ini dan telah mengarahkan pemaju terlibat untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pencegahan.

Manakala bagi setiap pembangunan tepi jalan, JKR telah mensyaratkan pemasangan lampu jalan disekitar persimpangan sesuatu pembangunan tidak terkecuali bagi pembangunan di lokasi kejadian. Kerja-kerja pemasangan kabel bekalan elektrik ke tapak pembangunan adalah dalam tindakan TNB.

Pihak MBSA juga telah dihubungi bagi maklumbalas perkara ini dan penambahbaikan akan dilakukan bagi kerja-kerja tanah oleh pemaju-pemaju kawasan sekitar. Sekian, harap maklum.


BAHAGIAN JALAN,
JKR PETALING
TING. 3, KOMPLEKS KERAJAAN DAERAH PETALING
PERSIARAN ATMOSFERA, SEK. U5
40150, SHAH ALAM
TEL : 03-78392400/2584 ; FAKS : 03-78392403

02 February, 2012

JALAN B49 - ULASAN JKR PETALING PADA KESESAKAN 1 FEB 2012

Salam sejahtera,

Yang Amat Berhormat.

Kami Gabungan Bertindak Penduduk U10 Sek U10 Shah Alam (GBPU10) mengucapkan terima kasih kepada semua usaha penduduk Sek U10 sehingglah kepada agensi kerajaan yang terlibat menaik taraf kemudahan jalanraya Shah Alam Batu Arang (B49) sehingga ke Bandar Puncak Alam Selangor. Kesesakan jalanraya ada dan masih terkawal (gambar).

Jawapan JKR Petaling untuk di baca oleh GBPU10.

Jurutera Daerah Petaling
1 Feb 2012


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Pertamanya pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan pihak tuan memajukan perkara yang di bangkitkan tersebut. Perkara ini diambil positif oleh pejabat ini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelanggan.

Terlebih dahulu pejabat ini memohon jutaan maaf kepada semua penduduk U10 dan kawasan sekitar kerana disebabkan kerja-kerja naiktaraf persimpangan ini telah sedikit mengganggu kelancaran trafik pada awal pagi. Daripada hasil siasatan pejabat ini, memang benarlah kata pengadu bahawa terdapat kesesakan diawal pagi antara pukul 6:15 pagi ke 6:30 pagi, walaubagaimanapun keadaan menjadi terkawal selepas pukul 6:45pagi kerana tempoh sela masa lampu isyarat berubah secara automatik pada pukul 6:30 pagi daripada sela masa normal kepada sela masa waktu puncak yang mana volume trafik adalah luar biasa. Perkara ini bertambah baik lagi kerana bantuan pegawai polis trafik mengawal persimpangan ini.

Sebagai langkah pembaikan, pejabat ini telah mengubah tempoh aktif sela masa waktu puncak daripada pukul 6:30 kepada pukul 6:00 pagi. Tempoh hijau untuk trafik dari Batu Arang ke Shah Alam adalah selama 150 saat. Pejabat ini akan memantau dari masa ke semasa tempoh kawalan baru ini demi menangani masalah kesesakan di persimpangan ini.

Rekabentuk kawalan baru yang mana memberikan laluan terus kepada trafik daripada Subang ke Shah Alam adalah berdasarkan kajian serta kaedah yang terbaik bagi menguraikan trafik di persimpangan ini. Perkara ini adalah mengambil kira kesesuaian dan keperluan setiap lorong berdasarkan jumlah trafik. Cadangan yang dikemukakan untuk menghentikan sepenuhnya trafik dari Subang dan memberikan laluan kepada trafik dari Batu Arang ke Shah Alam akan menyebabkan kesesakan di laluan Subang ke Shah Alam ini. Oleh yang demikian, sistem sedia ada ini adalah jalan terbaik bagi keselesaan semua pihak.

Mengenai kekeliruan dan keselamatan penunggang motosikal yang didakwa merbahaya, pejabat ini telah memasang ‘flexible post’ sebagai ‘guide’ kepada semua pengguna. Perkara ini dapat mengelakkan konflik ‘merging’ sekaligus melindungi penunggang motosikal. Kedudukan tiang lampu isyarat akan dikemaskini oleh pejabat ini dalam masa terdekat untuk tidak mengelirukan pengguna seperti yang telah dibangkitkan oleh pengadu.

Sebarang masalah pihak pengadu bolehlah berhubung terus dengan dengan pejabat ini di talian 03-78392400 atau berhubung terus dengan pegawai aduan kami En. Mohd Kamarul Bin Mohd Noh di talian 03-78392560. Pejabat ini juga sentiasa terbuka untuk sama-sama turun padang serta mengadakan perbincangan dalam mencari penyelesaian demi keselesaan pengguna. Kepuasan pelanggan adalah matlamat kami

Sekian, dimaklumkan.

BAHAGIAN JALAN,
JKR PETALING
TING. 3, KOMPLEKS KERAJAAN DAERAH PETALING
PERSIARAN ATMOSFERA, SEK. U5
40150, SHAH ALAM
TEL : 03-78392400/2584 ; FAKS : 03-78392403

26 December, 2011

JALAN B49- MBSA SETUJU BANTU MEMBUKA JALAN JINGGA SEK U9


Salam sejahtera,

Satu pertemuan diadakan dengan Y.Bhg Datukbandar Shah Alam pada 4/11/2011. Tujuannya ialah untuk mecadangkan jalan alternatif bagi penduduk Sek U10 keluar ke Bandaraya Shah Alam menggunakan Jln Jingga Sek U9. Jika jalan Shah Alam Batu Arang (B49) sesak waktu pagi ataupun terdapat kemalangan jalanraya maka penduduk Sek U10 boleh mengunakan Jalan Jingga Sek U9 untuk ke Shah Alam melalui melalui Persiaran Pulau Angsa ( berdekatan Sunway Alam Suria Sek U10).
Jalan majlis bukan dibidang kuasa JKR Selangor maka JPBD meminta MBSA terlibat membantu GBPU10.
Pada 8/12/2011, Jabatan Kejuruteraan MBSA telah mengeluarkan surat kepada GBPU10 dan pemaju untuk membincangkan perkara tersebut. Pihak pemaju perumahan Cahaya SPK dan pemaju Kayangan Height sek U9 bersetuju menghubungkan Jalan B49 dengan Jalan Sg. Buluh dengan menggunakan Jln Jingga Sek U9. Dijangkakan seawal bulan April 2012 ianya dapat digunakan, insya-Allah.
Namum terdapat beberapa isu yang perlu Datukbandar Shah Alam selesaikan dengan berjumpa MB Selangor untuk mempercepatkan proses kelulusan tanah. Ini penting untuk membolehkan pemaju Cahaya SPK menjalankan kerja-kerja untuk menghubungkan jalan ini agar tiada tuntuan selepas pembinaan jalan majlis siap.
Diharapkan Ketua Cawangan Eddy Salman, Pengerusi MPP Zon20, Ahli Parlimen Shah Alam bersama-sama Area Officer MPP Zon 20 dapat bertindak mendapatkan bantuan dari kerajaan supaya sebahagian tanah Hutan Simpan Selangor diberikan untuk kemudahan orang awam di Sek U10 dan Sek U9.
Dengan adanya solution jalan alternatif ini maka penduduk di Cahaya SPK Sek U9 juga akan selamat menaiki kenderan menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqamah. Jika tidak penduduk Cahaya SPK boleh maut jika membelok kekanan di persimpangan Subang Impian Sek U10 untuk bersolat Jumaat. Malah Surau Al Ikhwan juga tidak terlalu padat kelak jika penduduk setempat dapat ke Masjid di Desa Subang Permai bersolat Jumaat. Ianya dekat dengan Mahaad Tahfiz An-Nur Desa Subang Permai.


24 December, 2011

KESELAMATAN DIDALAM TAMAN -LONGKANG BERLUBANG

Salam sejahtera,

Ramai jiran-jiran yang memohon agar penutup longkang di Jln U10/53 dan 54 di baiki segera. Sejak 2009 banyak penutup longkang hilang dan beberapa penutup longkang ke padang futsal juga pecah. Ianya mendatangkan bahaya pada kanak-kanak dan pelajar UITM serta kepada mereka yang berjalan kaki untuk solat Jumaat.

Oleh itu makluman diberikan terus kepada Datukbandar Shah Alam. Setelah pegawai MBSA turunpadang kesemua penutup longkang di taman Sandaran Permai telah siap dibaiki pada bulan Dec 2011. MBSA memberikan respond yang baik dan berterima kasih pada penduduk taman.

MBSA dan masyarakat saling memerlukan antara satu sama lain. Terima kasih En. Eddy Salman.




JALAN B49 - TEBING JALAN DI HADAPAN KAYANGAN HEIGHT RUNTUH DI BAIKI

Salam sejahtera,

Follow-up berterusan Ketua Cawangan Eddy Salman bersama-sama GBPU10 membawa Ketua Pengarah JPBD, Ketua pengarah JKR Selangor, Ketua Pengarah JKR Malaysia bertindak segera membaiki tebing jalan yang runtuh serta melebarkan bahu jalan dari Sunway Kayangan Sek U9 menuju ke persimpangan jalan Paip, Kg Budiman Shah Alam.
Focus pada kemudahan jalanraya dan keselamatan orang awam amat penting dan perlu berterusan. Ianya memerlukan banyak interaksi diantara pelbagai agensi kerajaan.




23 December, 2011

14 December, 2011

JALAN B49- AKAN SESAK BILA TEBING RUNTUH LAMBAT DIBAIKI

Terima kasih diucapkan pada :
Datuk Himmat Singh Ketua Setiausaha dan Y.BHG. Dato' Hj Nasir Mat Dam, Y.Bhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Noor, Y. Bhg. Dato' Ir. Abdullah Abdul Rahman, IR. HJ. AB. Hamid Hj Md Daud, Y.Bhg Datin Wan Rabiah Wan Mohd Yusof, Tn HJ. Jalalonmuhalai ,

Terutama kepada En. Abdul Latif B Moktar, JURUTERA DAERAH PETALING , yang sentiasa memantau dan memberikan respond segera pada GBPU10 berhubung jalanraya Shah Alam Batu Arang di Bandaraya Shah Alam. Semoga semua usaha yang dijalankan dapat mengurangkan kerosakan jalan B49. Kami yakin kerajaan Malaysia sentiasa meneliti feedback GBPU10 dan bertindak bersama-sama JKR Selangor.Beberapa cadangan teknikal juga membantu jurutera JKR mengurangkan kerosakan jalan.
Penampalan jalan yang berombak juga akan mengurangkan impak tekanan air dan beban kepada tebing yang runtuh. Tebing ini hampir sedalam 25 meter.

14 Dec 2011



2 Nov 2011