15 March, 2009

DRAFT RANCANGAN TEMPATAN MBSA 2020

Maklumat penting ini telah disampaikan kepada semua AJK Persatuan Persatuan Penduduk Sek U10 dan AJK MPP Zon20. Malah amat mengharapkan agar AJK-AJK MPP Zon20 yang baru dapat mengambil alih tugas menyemak draft plan perancangan kerajaan tempatan bersama-sama Exco kerajaan Negeri Selangor. Perkara ini juga telah disampaikan pada Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat U10 dan Pengerusi MPP Zon20 pada 7/3/2009.


Pihak persatuan penduduk Taman Sandaran Permai Sek U10 dan persatuan -persatuan penduduk yang lain perlu hadir bersama-sama berganding bahu dan satu suara didalam merundingkan plan pembangunan akan datang di Sek U10. Oleh itu gunakanlah kesempatan yanag ada ini dengan sebaik-baiknya. AJK MPP Zon20 mestilah bertindak aggresif didalam membawa pembangunan sekolah, Pondok Polis dan Jalanraya, Kebersihan kedai makan, keselamatan dari ancaman orang asing dan keindahan persekitaran di Sek U10.