17 March, 2009

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI SEK U10 SHAH ALAM

Email daripada Pemaju Sunway City Berhad telah dihantar kepada Gabungan Bertindak Persatuan Persatuan Penduduk U10 (GBPPPU10) surat yang memberikan kebenaran mendirikan sekolah di Sek U10 Shah Alam. Datukbandar Shah Alam dan Y.B Yaakob Sapari serta Pengerusi MPP Zon20 juga telah dimaklumkan akan perkembangan status ini semasa pertemuan 7/3/2009 di Taman Sandaran Permai Sek U10. Malah kami meminta pihak MBSA dan Kerajaan Selangor pula menjadi jurupandu menyediakan infra-infra di persekitaran sekolah di Sek U10. Ini adalah usaha usaha yang sering di dialogkan GBPPPU10 pada tahun 2006 ~2008. Penduduklah yang mesti mengerakan untuk mendapatkan sekolah diSek U10.

Alhamdulilah semua penduduk Sek U10 akan mendapat sekolah, semua surat telah ada, tetapi perjalanan masih panjang lagi. Langkah kedua mesti diatur untuk berhadapan pula dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pegawai teknikal. Justeru itu persatuan persatuan penduduk Sek U10 perlu berganding bahu bergerak kehadapan mendirikan sekolah. Jika boleh kita bangunkan tahun ini.


Surat dari Sunway City Berhad kepada En, Adnan Abdul Kadir,

Di sini, pihak kami ingin melampirkan salinan surat kebenaran untuk Jabatan
Pendidikan Selangor (JPNS) untuk memasuki tapak sekolah di pembangunan Sunway

Alam Suria, Seksyen U10, Shah Alam.

(See attached file: JPS_2009001.pdf)

Kerjasama dari semua pihak amat kami hargai.

Sekian,

Terima Kasih.

Shahril Salam
Sunway City Berhad
Sunway Alam Suria



0 comments: