Kita telahpun menambahkan usaha dengan memaklumkan keperluan sekolah di Sek U10 Shah Alam kepada menteri KPKT agar dapat menyampaikan kepada Y.B. DR. IR. WEE KA SIONG,
Timbalan Menteri Pelajaran . Makluman juga telah dipanjangkan kepada Exco Selangor dan Datukbandar Shah Alam. Exco kerajaan Selangor sekarang, memahami masalah yang dihadapai oleh penduduk. Alasan EXCO Selangor, terdapat banyak tempat yang ada masalah sekolah dan budget yang tak ada dari kerajaan pusat. Perkara ini diumumkan ketika AJK-PPTSP menghadiri mesyuarat bersama-sama Y.B. TUAN IR. ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD dan MBSA pada 30/03/2009. Apa yang dikesali ialah mereka tidak akan berbuat apa-apa sebab bukan tugas MBSA mahupun Y.B. DATO` DR HASSAN BIN MOHD ALI ataupun Y.B. TUAN IR. ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD. Mungkin kesibukan berpolitik mereka di Perak dan Kedah menyebabkan soal ini tidak penting bagi kerajaan Selangor.
Walaubagaimanapun kita sedang berusaha meminta Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang (KS) dan Y.B. DR. IR. WEE KA SIONG mempercepatkan proses kelulusan ini. Semua surat-surat dari pejabat tanah dan pemaju telah penduduk usahakan hanya menanti sahaja surat gembira dari Kementerian.
.
Fail Sekolah Sek U1O telahpun dipanjangkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Jabatan Pembangunan KPM.
En. Hamsan Saon JPS, telahpun menyampaikan kesemua dokumen-dokumen kepada YB Dato, Badarudin, untuk tindakan seterusnya. Penduduk berharap YB Dato' Badarudin dapat memberikan peruntukan budget RMK9 yang dijanjikan pada Sekolah di Sek U10.
Walaupun EXCO Selangor sunyi-sepi akan sekolah Sek U10, penduduk akan berusaha secara sukarela mendapatkan bantuan di pihak-pihak yang tertinggi.
01 April, 2009
SEKOLAH U10 SHAH ALAM KATA MENTERI KPKT
Posted by
AJK - PPTSP 2007
at
11:52 PM
Labels: AJK GBPPPU10 / PENG. PPTSP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment