Setelah surat kelulusan diterima dan cadangan tapak diberikan pada Jabatan Perancang MBSA, kerja-kerja membuat plan telah dilakukan. Sepertimana penjelasan Datukbandar Shah Alam pada Persatuan Penduduk Taman Sandaran Permai, gelanggang serbaguna ini akan dibina oleh MBSA dengan menggunakan peruntukan dari MBSA.
MBSA sangat perihatin memberikan pembangunan dan kemudahan pada penduduk. Walaupun permohonan ini telah di usulkan pada tahun 2007, namun sepertimana janji Datukbandar Shah Alam, semua taman akan di bangunkan jika terdapat tapak yang sesuai.
Kemudahan ini perlu di jaga dan diselenggarakan dengan baik. Berkenaan aduan beberapa penduduk bahawa Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan AJK MPP-Zon20 (Sek U10) akan mengenakan yuran untuk menggunakan kemudahan ini masih lagi disiasat oleh PPTSP. Diharapkan perkara ini tidak akan timbul dan pihak PPTSP berharap agar AJK MPP-Zon20 dan PKM dapat bertungkus lumus membantu PPTSP menyelenggara gelanggang serbaguna ini nanti.

Sebarang aduan dan pertanyaan perlulah dibincangkan bersama-sama agar ianya tidak akan membantutkan usaha mendirikan kemudahan penduduk taman.
Sekian
22 May, 2009
GELANGGANG SERBAGUNA U10 DI TAMAN PERMAINAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment