22 May, 2009

KAWALAN KESELAMATAN DIDALAM TAMAN

Setelah berlakunya beberapa insiden pecah masuk rumah di dalam taman dan kekerapan kes jenayah bertambah maka satu inisiatif menjaga blok telah berjaya diwujudkan bersama-sama En. Zulfikar (di Rumah 2070).

Pilot projek ini telah berjaya dilaksanakan sehingga menimbulkan satu langkah pembaikan semula untuk mengadakan kawalan keselamatan didalam taman. Usaha gigih En. Zulfikar bersama-sama penduduk di blok 2070 telah berjaya mengumpulkan sebahagian penduduk untuk menyerahkan tugas meronda malam ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Sebagai langkah permulaan, blok perumahan 2070 akan memulakan kawalan keselamatan bermula dari 1hb Jun 2009. Pihak PPTSP menyokong penuh tindakan permulaan ini. Oleh itu semua penduduk di 2070 akan mengadakan satu taklimat pada 30/05/2009 di kabin PPTSP. Risalah program mengwujudkan Pengawal Keselamatan pada waktu malam akan diedarkan oleh penduduk 2070 diketuai oleh En. Zulfakar. Penduduk-penduduk 1860 amat-amat dialu-alukan untuk turut melapangkan masa untuk mendengar taklimat ini.

Semoga perjalanan yang baik ini akan dapat terlaksana dan mendapat sokongan penduduk. Walaubagaimanapun, sudah pasti akan ada banyak perkara-perkara yang akan timbul dan diperkatakan nanti. Kesedaran melihat kesilapan yang lalu amat penting agar kegagalan mengwujudkan kawalan keselamatan didalam taman kita tidak berulang. Diminta semua penduduk memberikan idea bertulis pada En. Zulfakar dengan baik melalui email. (rebaxhold@yahoo.com) ataupun kepada PPTSP (sandaranpermai@gmail.com).

Satu program bersama-sama semua penduduk akan juga dirancangkan setelah projek pilot pertama ini dapat berjalan. Semua penduduk mahukan Pengawal Keselamatan dan jaminan keselamatan tetapi kita perlu berkorban sedikit untuk mendapatkannya dan bukan semua kawalan keselamatan perumahan ada jaminan keselamatan.

Adalah menjadi tanggungjawab AJK MPP-Zon20 dan AJK Pusat Khidmat Masyarakat U10 membuat pelan perancangan untuk mendapatkan sebuah pasukan Polis Komuniti Sek U10 bersama-sama kerajaan Selangor. Usaha PKM dan AJK MPP-Zon20 mengadakan dialog di Taman Sandaran Permai bersama-sama Ketua Balai Polis Sek 6 dan YB Kota Anggerik tidak akan membawa Balai POLIS Sek U10 terbina, tetapi kerap bertemu dan membincangkan bersama-sama KPN adalah wajar dilakukan agar pihak tertinggi dapat membantu menyediakan budget Balai Polis Sek U10 dengan segera.

Terima kasih semua penduduk Taman Sandaran Permai Sek U10 dan taman-taman yang berdekatan dengan kami.

Sekian.

2 comments:

Seri Nuang Shah Alam said...

salam sejahtera seksyen u10,

semoga Allah lindungi kawasan tuan-tuan semua

MIZZOU said...

kenapa rumah 2070 aje... diskriminasi ke?