Kami penduduk Taman Sandaran Permai Sek U10 mengucapkan terima kasih kepada PDRM dan pemaju Cahaya SPK yang telah menwujudkan Balai Polis Komuniti Sek U9. Dengan adanya Balai Polis ini penduduk berasa sangat selesa. Terima kasih juga diucapkan pada Cahaya SPK yang telah memberikan fasiliti untuk kemudahan Balai Polis ini bagi penduduk di Sek U9, U10, U14 dan U15.
Dengan adanya 8 orang anggota polis dan 3 buah kenderaan, ianya dapat membantu penduduk apabila diperlukan. Pihak Taman Sandaran Permai juga telah memberikan kerjasama kepada Balai Polis Bukit Jelutung dan MBSA untuk memaklumkan semua Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk di Sek U10. Tidak ketinggalan juga memaklumkan perkara ini kepada MPP Zon 20.
Sarjan Zainal ialah ketua di Balai Polis Komuniti ini. No talipon balai ialah: 0378466522 


01 October, 2009
WUJUDNYA BALAI POLIS KOMUNITI DI SEK U9
Posted by
AJK - PPTSP 2007
at
1:00 PM
Labels: AJK PPTSP / AJK Surau Al Ikhwan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment